Isnin, 16 Mei 2016

Manual dan Tip Penggunaan Mesin Popcorn






Manual dan Tip Penggunaan Mesin Popcorn

1. Sediakan bahan utk hasilkan popcorn

Caramel Sugar(CAmpuran caramel, gula, gula perang dan lain2) sangat wangi
Popping oil(Butter + Minyak Kelapa)
Popcorn Marshroom dan Butterfly
Bertih jagung terdiri dari 2 jenis, 1. Butterfly Kernel 2. Mushroom kernel 

  
- 1kg caramel sugar+1kg gula biasa(campur kedua gula sehingga sebati)
- 3-4kg bertih jagung
 - butter 1/2kg+minyak sayur 1kg (atau poping oil/minyak kelapa).
- sediakan 1 senduk bersaiz sederhana. 
- Nisbah yg kita pakai adalah 1:1:1( 1 cup Bertih jagung : 1 cup Popping oil : 1 cup caramel sugar)
nota: nisbah bergantung kepada kos dan budget kita. Nisbah seperti diatas kos adalah tinggi tapi ia menghasilkan popcorn yg sangat sedap.

no.1 Butang lampu dan warmer
no.2 Butang Heat
no.3 Butang Spin


2. TEKAN BUTANG Heat. Naikkan penutup periuk. Panaskan mesin dalam 15-30saat
Gambar 1

nota:- Pastikan pengacau besi yg melingtang tidak sesekali bersentuhan dengan periuk bagi mengelakkan periuk non-stick calar disebabkan geseran tersebut. Punca popcorn hangus salah satu punca nya adalah kesan calar yg sedikit atau banyak.
kos periuk baru dalam rm200-230.
3. masukan poping oil sebanyak 1 Cup. (Rujuk Gambar 1)

4. TEKAN BUTANG Turn. Pengaul akan mula berpusing(bertujuan utk mixkan bahan campuran popcorn) (Rujuk Gambar 1)

5. Masukkan caremel sugar 1 Cup dan biarkan 15-30saat. (Rujuk Gambar 1)

 6. masukan bertih jagung 1 Cup. Tutupkan penutup periuk dan pintuk mesin popcorn. Biarkan sehingga terdengar bunyi pop bermula.(Rujuk Gambar 1 dan Gambar 2)


Gambar 2
Gambar 3. Popcorn mula popping


6. OFFKAN BUTANG Heat apabila ada bunyi pop DAN biarkan sehingga poping selesai. (Rujuk Gambar 2 dan Gambar 3)

Gambar 4 . Lepaskam/jatuhlam kettle dari kuncinya

7. OFFKAn butang Turn dan mula buka pintu popcorn dan penutup periuk dan mula jatukkan periuk dgn membuka penyelakkan dan pastikan semua popcorn dijatukan. (Rujuk Gambar 4)

 8. ulangi step no 2. 

Mencuci Mesin Popcorn

1. Buka kettle dan plug kettle yg berada dalam mesin popcorn
Gambar 5

2. Bersihkan Kettle .sila refer gambar 5 


Gambar 6

3. Bersihkan cermin dengan menggunakan kain lembab bersabun untuk bersihkan minyak pada cermin machine. Lihat gambar 6


Nota:- 
1. Sukatan adalah subjektif dan boleh diubah2 mengikut kesesuain popcorn yg akan dihasilkan.
2. Pengguna dinasihatkan try n error bg mendapatkan  popcorn terbaik.
Tambah kapsyen
3. Jika berlaku hangit lakukan perubahan dalam penggunaan bahan, kuantiti dan masa. Lakukan try n error supaya mendapat kualiti yg terbaik.