Sabtu, 26 April 2014

Oat Choco Out Of Stock dan Oat Choco Tiruan

Assalamualaikum dan salah sejahtera,

Kami Rosedelightshop mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan, blogger, rakan fb, rakan-rakan dan semua, atas sokongan terhadap Rosedelightshop selama ini. Terima Kasih.

Kami ingin maklumkan bahawa hampir seluruh malaysia tidak mendapat stok untuk oat choco twinfish dan juga cwmallow. Kami memohon anda semua tidak panik dengan keadaan ini dan tidak terburu-buru membuat belian walaupun pada kadar yang sangat mahal. 

Melalui maklumat dari pihak kilang, inshaa Allah antara May dan June stok akan pulih kembali. Kami berharap agar pembeli budiman sekalian dapat bersabar atas kesukaran ini.

Produk Twinfish Oat choco Tiruan

Kami turut mendapat maklumat bahawa kini terdapat oatchoco tiruan yang banyak dipasaran terutamanya di pantai timur kami menyeru agar pengguna sekalian menggunakan kebijaksaan anda dengan memeriksa dahulu produk tersebut sebelum membeli. Disini kami sertakan beberapa perkara yang boleh diperiksa pada bungkusan oat choco tersebut:-

1. Logo twinfish tiada
2. Logo halal berbeza
3. No. Tel yang tidak betul.
4. Alamat yang sama.
5. Packaging yang hampir sama.

Pelanduk 2 serupa

Inshaa Allah dengan sedikit perkongsian ini akan permudahkan pihak tuan puan mendapatkan produk yang betul dan bukan tiruan.. in shaa Allah..